Saturday, February 6, 2010

keranafilem.

Aku seorang peminat filem.aku suka tengok filem.dari filem kaler-kaler ke filem yang tak ade kaler. Dari filem xxx ke filem yang mempunyai X kuasa 2. Cita-cita aku ialah ingin menjadi pengkritik filem. Kenapa pengkritik filem? Sebab aku rasa aku ni bagus .Perlu ke filem di kritik? Perlu sebab filem tu merupakan sesuatu yang perlu dibayar untuk di tonton. Melain kau adalah seorang pirate master yang hebat,ko tak ada hak nak kritik filem.

ciri-ciri filem yang solehah yang aku nak tunjuk kan kat mak aku adalah:

1.Jalan cerita- bagi aku plot adalah ciri utama yang aku pandang dalam sebuah filem. Benda ni macam cinta pandang pertama,kalau hati aku tak berkenan dengan plot Insyaallah aku tak akan tengok filem tu.

2.Genre- Siyes ku tengok filem berdasarkan genre. Sebagai contoh,time ku SPM break untuk paper lukisan kejuteraan ku baru jatuh cinta dengan filem SAW. Dari situ la aku tengok Vacancy,Hostel dan some european movie yang aku tak reti untuk menaipnya.Lepas je aku habis paper bio sepantas kilat aku mencari filem ini. Dalam masa seminggu itu la aku tengok segala cerita yang mempunyai adegan kerat mengerat tangan,tikam menikam badan dan belajari melawati laman web yang mengandungi gore video,story dan gambar. Antara video paling best aku penah jumpa adalah http://www.bestgore.com/road-accidents/vietnam-police-officer-cut-in-half-after-bad-accident-extremely-graphic-video/. Persoalan aku macam mana dia bole hidup lagi?!Then markah aku untuk paper lukisan kejuteraan pun best dan membanggakan.Time aku ambik result pun,hidung aku siap kembang kempis tengok markah aku.

3.Pengarah- Pada aku setiap pengarah menyampaikan filem mereka dengan cara yang berbeza. So,kalau boleh aku nak tengok semua filem yang pengarah itu pernah buat dan cuba cari apa persamaan dan perbezaan yang ada dalam filem itu. nampak sangat yang aku ni tak ada life kan?

4.Trailer-Trailer juga merupakan elemen yang penting. Ada sesetengah filem mempunyai trailer yang best,tapi bila tengok filem dia aku mesti ada nak rasa maki hamun. Kebanyakkan trailer yang ada dipasaran selalunya 'misleading'kan filem itu. Ada yang siap kasi open plot lagi.

5.Poster-Dalam banyak kriteria yang ada,inilah kriteria yang paling bodoh sekali bagi aku.menyebabkan aku rasa aku ini materialistik kerana memnadang kepada paras rupa sahaja. Ada satu masa,aku akan randomly pilih movie dari mana-mana site film review yang ada. aku tak peduli dengan jalan cerita,pengarah ke,trailer ke. kalau aku sudah berkenan dengan poster filem,aku teteap akan tengok walaupun review filem itu sangat teruk tahap longkang. alhamdullillah setakat ini,filem yang aku pilih berdasarkan paras rupanya selalunya best.contohnya LOOK dan wristcutter: a love story.

No comments:

Post a Comment