Friday, February 12, 2010

berlari ke puncak

hari ini memang panas membara. kelas pula start pada pagi-pagi buta. Ya Allah, dah la baru tido pagi-pagi buta,then kena pulak pergi kelas pagi-pagi buta jugak. aku rasa mata aku dah makin nak buta.
dah bangun pagi gosok gigi cuci muka dalam baldi, aku pun menuju lah ke kelas bahasa ini. confident giler datang awal-awal pagi. mendaki tinggi-tinggi ini untuk menuntut ilmu. last-last lecturer pulak tak ada. huh suhu dah naik 60 darjah celsius da ni. tapi tak ape sebab aku fikir aku akan menuju ke rumah untuk cuti tahun baru, suhu badan turun kembali kepada suhu bilik. dah habis makan semua,buat london calling-calling aku pun kembali ke hostel. dah semangat packing barang,tertiba terdengar announcement kata semua budak part one di wajidkan pergi jumpa orang penting ini. kalau tak pergi dengan bangganya nama kena potong dari kolej untuk sem depan. kerana memikirkan ibu bapa di kampung,aku rajinkan diri untuk pergi juga. dipendekkan cerita perjalanan aku untuk menuju ke puncak menjadi sia-sia. perjalanan ini di penuhi dengan maki hamun yang berderet. secara automatic suhu badan menjadi 106 darjah celcius di tambah dengan suhu persekitaran yang tinggi di puncak ini,lagi la aku merasa membara. dah la pergi tak ada makanan free,memang rasa macam tak berguna habis.
lain kali kalau nak buat kenduri ramai-ramai pastikan la semua persediaan mencukupi baru lah tetamu yang hadir merasa gembira.

No comments:

Post a Comment