Friday, February 12, 2010

keranafilem#1

filem: City of God
pengarah: Fernando Meirelles,Kátia Lund
penulis:Paulo Lins,Bráulio Mantovani
punca menonton: randomly pick
rating:8/10

city of god. Pictures, Images and Photos

aku mencari filem ini sejak aku form 4. ketika itu, aku masih bercita-cita untuk memenuhi kehendak negara menjadi pelajar yang gemilang,terbilang dan cemerlang. so pada ketika itu, aku memilih untuk menjadi itu dan meninggalkan filem ini di tempat kitar semula. namun akhir-akhir ini aku kembali mencari filem ini berjaya menghabiskannya. filem ini mengisahkan tentang Rocket yang bercita-cita untuk menjadi juru kamera yang berjaya.antara babak-babak awal filem ini adalah ketika Rocket dan abngnya bermain bola sepak di padang tanah yang terdapat di perumahan(?) mereka. babak ini mengigatkan aku tentang filem Lola Rennt aka Run, Lola Rent. aku rindu filem itu.
aku actually tak sangka filem ini berdasarkan cerita sebenar. dah habis tengok baru dia tulis pasal benda tersebut. favorite part mungkin time Rocket di suruh ambil gambar oleh Li'l Zé kerana dia cemburu melihat muka Knockout Ned terpampang di muka surat khabar tempatan juga mendapat coverage interview dari stesen televison network. "ini tak boleh jadi, i pun nak femes jugak!" ujar Li'l Zé di dalam hatinya.
tak nak summarize filem ini sebab nanti jadi spoiler kepada sesiapa yang hendak menontonnya. ini merupakan filem pertama brazil yang aku tonton, dan aku berpuas hati dengan hasilnya. maybe ramai lagi yang xtengok filem ini,aku rasa baik semua pergi cari sebab tak rugi. filem ini memaparkan realiti kehidupan yang ada di brazil, mexico dan seangkatannya walaupun filem ini bedasarkan apa yang telah berlaku pada zaman 60an. kita boleh tengok yang manusia tak nak perubahan sebenarnya.
maybe aku akan cuba untuk tengok drama dia selepas ini.

No comments:

Post a Comment